Lepas teguran Najib, kadar sewa kuarters di Putrajaya tak dinaikkan

Kurang 24 jam, bekas perdana menteri Najib Razak membidas Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menaikkan kadar sewa kuarters Ppj di Putrajaya dari RM400 kepada RM800 sebulan, hari ini beliau membuat hantaran mengenai tajuk yang sama di Facebook.

“Pagi ini, syarikat milik kerajaan itu sudah menarik balik keputusan itu.

“U-turn lagi. Tetapi U-turn kali ini saya sambut baik,” kata Najib.

Semalam dalam hantarannya di Facebook, Najib menulis, jika betul-betul perlu dinaikkan, naikkanlah sedikit demi sedikit.

Katanya, jangan digandakan serta-merta sehingga penyewa tidak dapat bernafas sambil mengingatkan mereka ini adalah penjawat awam dan pekerja kerajaan dan menurutnya, PPj adalah milik penuh kerajaan dan di bawah kawal selia kerajaan.

Dalam catatan Facebook Najib itu, turut memuat-naikkan kenyataan media Presiden PPj Datuk Dr Aminuddin Hassim yang mengumumkan kadar sewa kuarters milik perbadanan itu di Blok F dan Blok G di Presint 11 di Putrajaya kekal tanpa sebarang kenaikan.

Beliau dipetik sebagai berkata PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters milik PPj di Presint 11 kerana tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa.

Beliau berkata perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Semalam dalam notis PPj tersebut, ia menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PPj telah menetapkan kadar baharu bagi sewaan kuarters PPj iaitu Blok F (Aras 1 hingga 16) ialah RM800 manakala Blok G Aras bawah dan Aras 1 ialah RM800 manakala Aras 2 (RM700) dan Aras 3 dan 4 (RM600).

Notis itu menyatakan bahawa kadar baharu sewaan akan berkuat kuasa setelah kontrak penyewaan sedia ada tamat dan penyewa masih berminat untuk meneruskan kontrak baharu bagi penyewaan kuarters berkenaan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau juga berharap U-turn satu kali lagi bagi membenarkan kenaikan satu gaji tahunan untuk semua penjawat awam.

“Harap juga boleh U-turn satu kali lagi dan membenarkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam yang sepatutnya berlaku pada 1 Julai tahun lepas jika BN menang tetapi telah dibatalkan oleh PH,” katanya.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 pada 4 April tahun lalu, Najib berkata kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu status kenaikan gaji tahunan kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Bagaimanapun BN yang diterajui Najib tumbang pada pilihan raya umum pada Mei tahun lalu dan kerajaan Pakatan Harapan tidak melaksankannya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker