Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula

Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
Difahamkan cabaran yang dikemukakan Paul itu adalah untuk pertarungan sukan tinju dan bukannya MMA. – Gambar media sosial
SELEPAS menumpaskan lawannya menerusi ‘knock out’ dalam pertarungan tinju semalam, YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor pula.
Selain itu Paul, 23, turut mencabar rakan sepasukan McGregor, iaitu Dillon Danis.
Difahamkan cabaran yang dikemukakan itu adalah untuk pertarungan sukan tinju dan bukannya sukan seni bela diri campuran (MMA).
“Ada ramai yang saya ingin lawan – Conor McGregor, Dillon Danis. Saya akan tumpaskan kedua-duanya.
“Kemudian ada KSI, Austin McBroom. Saya ingin berada dalam sukan ini untuk masa yang lama. Saya cintakan sukan ini, jadi mengapa tidak?” katanya ketika ditemu bual selepas pertarungannya dengan Nate Robinson pada Ahad.
Dalam perlawanan tersebut, Paul menewaskan Robinson menerusi ‘knock out’ (KO) pada minit 1:24 pusingan kedua.
Paul merupakan seorang selebriti media sosial, pelakon dan juga petinju yang baru sahaja bertukar status kepada profesional tahun ini.
Dia telah memenangi dua pertarungan profesional dan satu pertarungan peringkat amatur.
Dia juga merupakan adik kepada seorang lagi pelakon dan YouTuber terkenal, Logan Paul.
Sementara itu, Danis dalam reaksinya terhadap cabaran Paul, telah memuat naik sekeping foto di laman Instragramnya dengan kapsyen, “Patutkah saya KO-kan dia?”
McGregor disahkan akan beraksi pada 23 Januari 2021 nanti, menentang jaguh dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier.
Bekas juara berganda dari Ireland itu telah menandatangani kontrak untuk pertarungannya dengan Poirier pada 20 November lepas.

Mengigil Sebelum Koma, Juara Tinju Maut Digigit Lipan Raksasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker