Bukan 1 atau 2, tapi 6 laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti

Polis terima enam laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti
Menurut polis, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima enam laporan kes kesalahan seksual berkaitan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, setakat ini lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.
“Siasatan dijalankan dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 Kanun Keseksaan (rogol), 354 kanun Keseksaan (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 Kanun Keseksaan (mencederakan),” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Fadzil menyeru kepada mangsa-mangsa lain agar tampil membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa.
“Jangan berasa bimbang untuk tambil membuat laporan polis,” jelasnya.
Tambah Fadzil, permohonan reman untuk kes pertama suspek telah tamat namun permohonan reman untuk kes lain akan dilakukan.
Terdahulu media melaporkan suspek telah ditahan sekali lagi oleh polis susulan dakwaan mencabul seorang gadis di Shah Alam.
Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker