RUU Anti Lompat Parti: BN wajib ahli parlimen mereka hadir 11 April

PONTIAN – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diwajibkan hadir pada pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen yang akan diadakan pada 11 April ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kehadiran mereka yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen dari UMNO, dua dari MCA, seorang dari MIC dan seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) disifatkan cukup penting pada sesi berkenaan.

Katanya, pindaan RUU terbabit memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan daripada shli Parlimen atau dua pertiga bagi membolehkan ia diluluskan dan menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia kelak.



Menurut beliau, pembentangan RUU itu juga menjadi salah satu usul semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru dan sewajarnya diberikan perhatian oleh semua ahli-ahli Parlimen.

“Secara peribadi, saya telah mengsyorkan Akta Anti Lompat Parti dilakukan ketika BN dan UMNO menjadi pembangkang pada bulan Disember tahun 2018 apabila berlakunya perbuatan tersebut oleh ahli-ahli Parlimen UMNO ‘melompat’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tindakan tersebut menyebabkan UMNO ‘kehilangan’ 15 ahli Parlimen yang menyertai Bersatu, seorang menyertai Parti Warisan (Warisan) dan Tengku Razaleigh Hamzah yang memilih menjadi ahli Parlimen bebas,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan moreh Ramadan di Benut di sini pada petang Khamis.

Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan, pindaan perlembagaan tersebut perlu diluluskan pada bulan ini juga memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir untuk diadakan.



“Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada tahun 2018 apabila berlaku kejadian ‘lompat parti’, ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu sama menyokong pindaan ini.

“UMNO dan BN berharap pindaan tersebut akan diluluskan bagi memastikan tiada lagi tindakan ahli Parlimen yang mempermainkan mandat yang telah diberikan oleh pengundi,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker