Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi

Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi

Penyanyi popular era 1980-an, Dwen, 67, sudah tidak berminat menerima tawaran nyanyian kerana beranggapan era kegemilangannya sudah berakhir.

Dwen atau nama sebenarnya, Ridzwan Abu Hassan berkata, dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa membawa gelaran penyanyi, selain mahu memberi fokus terhadap kegiatannya sebagai tenaga pengajar di sebuah kelab taekwando tempatan.

“Saya suka ‘low profile’ dan kalau boleh tak mahu orang kenal sebab kalau keluar lebih senang sahaja. Senang cerita, saya sudah tidak berminat untuk meneruskan kerjaya nyanyian walaupun menyanyi masih boleh lagi.

Elly menggigil dicabul ustaz

“Saya sebenarnya mahu mengelak daripada berjumpa orang. Kalau boleh saya tak mahu dikenali sebagai penyanyi. Kalau ada yang tanya mengapa, jawapan mudahnya mungkin sudah sampai masa untuk saya berundur,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Satu Penantian itu berkata, dia perlu terima hakikat era kegemilangannya sebagai penyanyi sudah berakhir.

“Penyanyi ada zamannya untuk menyinar dan begitu juga saya. Tapi, zaman itu pasti akan berakhir. Saya sudah tidak berada di zaman itu, jadi lupakan sahaja.

“Mungkin ada artis lama yang masih berminat untuk teruskan, tapi tidak mengapa sebab itu adalah cara masing-masing. Kalau saya memang sudah tak berminat, itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Brunei itu mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.

Mengulas lanjut, Dwen berkata, keputusan diambil bukan disebabkan terasa hati atau merajuk dengan industri.

“Saya bukan terasa hati atau merajuk dengan sebarang perkara yang menimpa, cuma saya senang dengan cara seperti ini. Kalau hendak bersembang dengan orang ramai pun tiada halangan.

“Dalam perancangannya ini juga tahun terakhir saya di Malaysia sebelum pulang ke Brunei selepas kontrak sebagai tenaga pengajar di kelab taekwando berakhir,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dwen bakal tampil dalam acara Showcase Amal Artis Legenda 4.0 anjuran Nizam Laksamana Production di Hotel Grand Barakah, Ampang pada 1 Jun depan.

Showcase Amal Artis Legenda 4.0 turut menampilkan menampilkan Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider, Ameng Spring, Shafie Rio, Ady Wow, Mawi dan Wann. BH

Dwen tak mahu dikenali sebagai penyanyi lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker