Makanan Sihat Itu Penting” – Tayang Otot Six Pack, Peminat Cinta Luara Jadi Tak Tentu Arah!
Sebut saja tentang pelakon Indonesia Cinta Laura Kiehl, 27, pasti ramai sudah terbayang mengenai kecantikan dan kejelitaan dimilikinya.
Namun, kali ini Cinta Laura sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik sebuah gambar menayangkan bahagian perutnya.Apa yang mengagumkan, perutnya kini sudah menampakkan otot ‘six pack’.
Menerusi laporan KapanLagi, Cinta Laura berkongsi kisah memberitahu dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman.
Kata pelakon drama Upik Abu dan Laura ini, kejayaan mendapatkan ‘six pack’ itu selepas dia menghabiskan banyak masa dengan bersenam serta mengawal pemakanan bagi memastikan impiannya untuk memiliki tubuh sihat tercapai.
“Hanya melihat mereka makan aiskrim selepas bersenam seribu kalori,” tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram.
Dalam pada itu juga Cinta Laura sempat berkongsi petua memiliki bentuk badan idaman.
Menurutnya, pengambilan makanan sihat merupakan faktor utama.
”Makanan sihat itu penting. Tapi sekali sekala makan juga aiskrim” katanya.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata pengikut dan peminat teruja melihat bentuk tubuh badan Cinta Laura yang kelihatan langsing dan menarik.
Kebanyakan mereka menjadikan Cinta Laura sebagai inspirasi untuk kekal sihat dan cantik-GEMPAK
Anda boleh lihat antara gambarnya di bawah:
Sumber: Instagram
You must be logged in to post a comment.