Covid-19 : 1109 kes baru hari ini

Terkini di My KMU !!!!---->


Sebanyak 1,109 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini dengan dua lagi kematian.

Kes baru dicatatkan di semua negeri kecuali Perlis, Terengganu, Melaka dan Sarawak.

Kes baru Covid-19 kembali melepasi 1,000 hari ini apabila merekodkan 1,109 kes manakala 2 kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,148 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 50, 204.

Pecahan kes baharu (1,109)

Sabah
54 kluster sedia ada
43 kluster baharu (Jalan Tuaran)
249 kontak rapat
95 lain-lain saringan

Selangor
99 kluster sedia ada
47 saringan kontak rapat
28 lain-lain saringan
1 import

N.Sembilan
46 kluster sedia ada
116 kluster baharu (Jalan Haruan)
1 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

KL
15 kluster sedia ada
118 kluster baharu (Tapak Bina Puteh Lama)
9 lain-lain saringan
9 import

P.Pinang
32 kluster sedia ada
18 kluster baharu (Beringin)
7 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan

Perak
38 kluster sedia ada
4 lain-lain saringan

Johor
28 kluster sedia ada
5 lain-lain saringan

Kedah
24 kluster sedia ada
1 lain-lain saringan

Kelantan
2 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat

Pahang
2 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

2 kes kematian bukan warganegara dilaporkan hari ini. Kes 349 dilaporkan di Sabah dan kes 350 pula dilaporkan di Labuan.

Jumlah kes meningkat kepada 350.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply