Laksana Belanjawan 2021 tanpa ketirisan, karenah birokrasi – Tok Mat

Terkini di My KMU !!!!---->

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan segera tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan demi memberi keutamaan negara dan rakyat.

”Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan belanjawan yang diluluskan ini Insya Allah adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

”Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah mengandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi,” katanya di sini.

Dalam pada itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen perlu terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan Belanjawan 2021 yang diluluskan dilaksanakan segera dengan efisien. MG

Hanya 4 dokumen untuk pohon pinjaman Tekun – Wan Junaidi

Leave a Reply