Hanya 4 dokumen untuk pohon pinjaman Tekun – Wan Junaidi

TEKUN Nasional menjadi pemudah cara untuk permohonan para usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) apabila masalah birokrasi telah dikurangkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif yang diambil selepas pengumuman pakej PRIHATIN itu telah mengurangkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman.

Jelas beliau, ia melibatkan pengurangan daripada 17 kepada empat dokumen sahaja yang perlu disediakan pemohon.

“Apabila kerajaan umum Pakej Prihan kedua, kita telah buat perancangan sendiri dan antara tindakannya apabila kurang soalan yang menimbulkan masalah birokrasi sebelum ini.

“Kita juga dapat kurang kerenah contohnya dahulu nak minta pinjaman TEKUN, perlu 17 dokumen namun telah dibuat dan kurangkan asas permulaan kelulusan kepada empat daripada 17 dokumen.

“Tempoh waktu kelulusan pemohon juga dikurangkan kepada tujuh hari dan yang sudah ada rekod, hanya tunggu lima hari sahaja.

“Bukan 13 dokumen itu tidak penting tapi boleh diminta selepas kelulusan dengan kurangkan pinjaman dan selepas itu kita akan minta dokumen ditambah semula,” katanya. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker