Saya tak pernah halang Anwar jadi PM, kata Mahathir

Terkini di My KMU !!!!---->

Mahathir menafikan beliau mempunyai niat untuk menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Katanya, Anwar sepatutnya sudah menggantikan beliau sebagai perdana menteri pada 1998, namun tidak berlaku kerana beberapa perkara tertentu termasuk dipenjara.

“Saya yang angkat Anwar Ibrahim sehingga dia dapat jadi timbalan perdana menteri akan mengganti saya jika saya letak jawatan. Tetapi ada perkara berlaku yang mana itu tak terjadi,” katanya.

Katanya, rancangan sama juga dibuat ketika beliau menjadi perdana menteri PH untuk memberi jawatan itu kepada Anwar, namun tidak kesampaian apabila kerajaan pimpinannya tumbang selepas 22 bulan.

“Tetapi dia (Anwar) cerita dekat orang, kononnya saya yang halang dia. Saya tak ada halangan. Sekarang ini kalau saya nak jadi PM, saya boleh jadi PM. Tetapi saya pegang kepada prinsip.

“Kalau sudah sampai masa saya undur, saya undur. Saya bukan nak pegang jawatan ini sampai bila-bila. Orang lain kalau nak pilih Anwar, pilih Anwarlah,” katanya.

Nota : Rasa nak ketawa pun ada, dari 1998 sampai sekarang itulah yang dilakukan oleh Mahathir, halang Anwar dari menjadi PM.

Mahathir mainkan rakyat Sabah untuk halang Anwar – Kitingan

Leave a Reply