Amaran cuaca buruk di Pantai Timur sehingga Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Terengganu, beberapa daerah di Kelantan dan di Kuantan sehingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah yang dijangka terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat turut dijangka berlaku di Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta selain di Gua Musang, Kelantan serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Hujan lebat juga dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis serta di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah bermula esok hingga Jumaat.
BERNAMA



Dinasihatkan semua penduduk di kawasan yang kerap berlaku banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Dapatkan maklumat terkini dan hubungi pihak berkuasa swkiranya memerlukan bantuan segera.

https://mykmu.net/2018/04/20/kebencian-mahathir-dan-dap-kepada-pantai-timur/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker