TMJ sifatkan Presiden Parti Muda, Syed Saddiq sebagai ‘Cucu Ular’

Terkini di My KMU !!!!---->

 

Semalam mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah menerima kunjungan Presiden ‘Parti Muda’ Syed Saddiq dan rakan – rakannya dirumah beliau di Langgak Duta.

Walaupun beliau sering menjadi bahan kritikan dan hinaan oleh Syed Saddiq namun atas kematangan politik yang ada pada DSN beliau tetap menerima baik tetamu yang datang. Dalam pertemuaan tersebut mereka bertukar tukar pandangan – dan idea mengenai politik dan ekonomi negara.

Antara isu yang menjadi teras perbincangan adalah mengenai Belanjawan 2021 yang akan diundi di Dewan Rakyat hari ini.

Selesai daripada pertermuaan tersebut, DSN telah memuat naik satu foto bersama Syed Saddiq dihadapan rumah beliau dilaman Instagram beliau

Foto berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji kematangan politik DSN. Apa yang mengejutkan foto berkenaan juga telah mendapat perhatian dan dikomen oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim.

Dalam komen tersebut TMJ memanggil Presiden Parti Muda tersebut sebagai ‘Cucu Ular, Opportunist & Muka Tak Boleh Percaya’.

Umum mengetahui bahawa hubungan diantara kedua tokoh ini agak tegang dan kritikal antara satu sama lain berhubung beberapa isu politik dan isu yang melibatkan pentadbiran negara.

Sehingga berita ini ditulis positng berkenaan telah mendapat 39 ribu like oleh pengguna instagram.

Sehingga kini, Syed Saddiq masih belum memberikan komen dan maklumbalas berkenaan komen tersebut

 

 

Leave a Reply