Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas loji minyak Saudi Aramco

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu yang menyasarkan loji kemudahan minyak Saudi Aramco di Jeddah, Arab Saudi pada Isnin.

Kementerian Luar berkata Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Arab Saudi menentang sebarang ancaman atau serangan, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini.

“Malaysia menggesa semua pihak berhati-hati dan mengelak sebarang tindakan provokasi. Malaysia juga meminta konflik di Yaman diselesaikan secara damai menerusi rundingan dan dialog,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini



Media antarabangsa melaporkan pemberontak Houthi telah melancarkan roket yang menyasarkan stesen pengedaran minyak di Arab Saudi.

Kemudahan itu terletak di sebelah tenggara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, lapangan terbang utama yang mengendalikan perjalanan umat Islam ke Mekah untuk menunaikan ibadat umrah dan haji. BERNAMA

Malaysia kutuk ancaman Israel, terus hantar bantuan kepada Palestine



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker