Malaysia kutuk ancaman Israel, terus hantar bantuan kepada Palestine

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang terus menerus mengancam mahu menakluki Tebing Barat, Palestin.

Tindakan haram dan unilateral Israel ini tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana, ia bukan sahaja akan merencatkan proses perdamaian serta menafikan usaha banyak pihak di seluruh dunia yang mahu melihat konflik ini berakhir. Malah, tindakan ini juga memperlihatkan bahawa Israel langsung tidak peduli serta menghormati rakyat Palestin yang telah menetap di sana selama berpuluh dekad.

Malaysia percaya, penamatan konflik Israel-Palestin hanya akan diperolehi melalui penyelesaian dua negara (two-state solution) – satu-satunya kaedah yang disokong oleh sebahagian besar masyarakat dunia. Pendirian Malaysia ini telah disuarakan sendiri oleh Timbalan saya, YB Dato’ Kamaruddin Jaafar yang mewakili saya ke Mesyuarat Terbuka Luar Biasa Secara Maya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam.

Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan demi membantu mereka menghadapi krisis Covid-19, Malaysia telah menyumbang 1 juta face masks, 500,000 medical gloves serta face shields. Malaysia memuji negara anggota OIC yang turut melakukan usaha serupa dan berharap usaha seperti ini turut digerakkan oleh seluruh komuniti antarabangsa.

Hishammuddin Tun Hussein

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker