Ibu sarat mengandung redah banjir paras pinggang

Terkini di My KMU !!!!---->

KUALA KRAI – Seorang ibu yang sedang sarat mengandung terpaksa meredah banjir paras pinggang selepas kawasan berhampiran rumahnya yang terletak di tepi Sungai Geh dekat Kampung Keroh di sini dinaiki air selepas hujan lebat sejak dua hari lalu.

Susulan air banjir yang semakin tinggi, Yushaida Mamat,35, dan suaminya, Mohd. Ruzuki Nawang, 43, mengambil keputusan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Kampung Keroh di sini.

Yushaida Mamat sedang menjamah minum petang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Keroh, Kuala Krai hari ini.

Menurut Mohd. Ruzuki, dia tidak tergamak melihat keadaan isterinya yang sudah sarat untuk terus tinggal di rumah mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Meskipun kedudukan rumah kami sudah tinggi dan tidak dimasuki air banjir, namun kami sudah terperangkap apabila tiada jalan keluar dari kampung.

“Biras dan adik ipar saya turut berpindah ke PPS itu kerana memikirkan anak mereka yang berusia tiga bulan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di PPS Masjid Lama Kampung Keroh di sini hari ini.

Sementara itu, Penghulu Mukim Keroh, Raja Mohd. Muzamir Raja Mamat berkata, dia telah memaklumkan kejadian banjir di kawasan itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam pukul 10 pagi.

“Buat masa ini, hanya dua keluarga yang terkesan dengan limpahan air Sungai Geh.

“Jika hujan tidak berhenti dalam tempoh terdekat, lebih ramai penduduk di kawasan itu yang akan terkesan,” katanya.

Tambah Raja Mohd. Muzamir,dia dan jawatankuasa banjir Kampung Keroh sentiasa bersiap sedia membantu mangsa-mangsa banjir bersama agensi kerajaan yang terlibat jika hujan lebat berterusan berterusan di kawasan itu. – K! ONLINE

Suami ditahan pukul isteri hamil tujuh bulan

Leave a Reply