Biar tersalah beri bantuan dari tersalah tak beri bantuan

Rakyat kita ni ada maruah. Ada harga diri. Ada perasaan malu. Selagi rakyat kita mampu, mereka tidak akan meminta apa yang bukan hak asal mereka. Sebab itu jarang sangat kita dengar permintaan naikkan Bantuan Tunai Rakyat. Setakat yang mampu kerajaan hulur, rakyat akan terima.

Apa yang mereka minta hari ini adalah hak asal mereka. Hak ini tertangguh kerana sekatan undang-undang yang ada. Benar, kita perlu beri kemudahan pengeluaran Akaun KWSP secara bersasar. Tapi hari ini, kita sendiri sudah tidak tahu apakah definisi sebenar ‘bersasar’.

Ada B40 yang perlukan tunai segera bagi membeli susu dan membayar sewa kediaman. Ada M40 yang kesuntukan kewangan bagi mengelakkan kereta dan rumah ditarik agensi pinjaman

Ada B40 yang perlukan dana untuk berniaga kecil-kecilan. Tetapi ada juga T20 yang ketandusan hasil perniagaan dan perlukan wang bagi membayar gaji kakitangan.

Jadi bersasar ini definisinya bagaimana? Hari ini keadaan sudah luar biasa. Ia tidak boleh lagi dinilai dengan struktur pembahagian sedia ada.

Ya mungkin ada rakyat yang akan salahguna. Tetapi selama inipun, ada sahaja BR1M yang diguna segelintir rakyat bukan untuk tujuan sebenarnya. Kenapa kita masih teruskan juga walaupun dengan nama yang kini berbeza?

Kerana the benefits outweigh the risks

Tuan tuan. Kita sebagai kerajaan ini fungsinya untuk rakyat. Kalau kita fikir untung rugi, maka lebih baik kita jadi syarikat

Apabila kita beri bantuan dan kemudahan, kita beri dengan kepercayaan. Kerajaan yang tidak percaya kepada rakyatnya, sudah tidak layak menjadi kerajaan.

Ketahuilah bahawa adalah lebih baik tersalah memberi bantuan, daripada tersalah tak beri bantuan.

Tersilap beri bantuan, KWSP hanya hilang 10 ribu ringgit daripada simpanan. Tetapi tersilap tak beri bantuan, satu keluarga mungkin merempat di tepi jalan

Benarkan rakyat kita mendapat apa yang mereka perlukan. Biarkan mereka menyimpan sedikit maruah dan harga diri daripada merayu meminta pertolongan

Kerana percayalah. Jika ada seorang sahaja yang melutut kerana putus asa dengan kehidupan, maka gagallah kalian sebagai kerajaan!

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Sekali lagi Kit Siang ‘disekolahkan’ Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker