Dua peragut tular di laman sosial berjaya ditahan

DUA lelaki yang tular di laman sosial selepas meragut seorang wanita di sebuah restoran di Gombak, Selangor ditahan hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi di lobi sebuah hotel di Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah ragut itu.

“Suspek didapati telah menjual barang kemas yang disamun kepada pihak ketiga yang kini masih dikesan.

“Suspek juga mengaku terlibat dengan kes samun dan curi kenderaan di sekitar Setapak dan Sentul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rajab Ahad, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek berusia 31 tahun mempunyai 21 rekod jenayah dan dadah manakala rakannya mempunyai lima rekod lampau dan dikehendaki polis.

Semalam, tular di laman sosial video yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita yang diragut selepas keluar dari sebuah restoran. -SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker