[VIDEO] Kes Memandu Lawan Arus : Polis Giat Kesan Pemandu Lawan Arus Di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang

KLANG – Polis giat mengesan pemandu sebuah kenderaan yang melawan arus di Persiaran Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, aksi tersebut tular menerusi video berdurasi 47 saat di laman sosial Facebook Info Roadblock JPJ/Polis pukul 8.50 malam tadi.

VIDEO DIBAWAH:-

Katanya, kenderaan yang belum dikenalpasti nombor pendaftarannya itu disyaki jenis Nissan Almera atau Toyota Vios.

“Kereta itu dipandu melawan arus dan membahayakan kepada pengguna jalan raya lain dari Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota.

“Berdasarkan video itu mendapati kereta tersebut dipandu dari simpang Shah Alam hingga daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 0134146144.

Jelas Nurulhuda, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Sudah Langgar Lari, Lawan Arus Pulak [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker