PPBM jangan ganggu kerusi UMNO di Selangor

Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) benar-benar ikhlas mahu menyatukan orang Melayu dan Islam, parti itu sewajanrnya meletakkan calon-calonnya di kerusi yang dimenangi oleh DAP.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, tindakan Bersatu meletakkan calonnya di kerusi majoriti Melayu hanya akan merugikan penyatuan Melayu itu.

“Kekalnya Pakatan Harapan (PH) di Selangor disebabkan oleh 16 kerusi deposit kerusi milik DAP.

“Sebab itu UMNO dan Muafakat Nasional (MN) Selangor mencadangkan Bersatu meletakkan calonya di kerusi-kerusi yang menjadi deposit kepada DAP.

“Mungkin ini dilihat satu formula yang boleh diguna pakai bagi menyatukan kembali orang-orang Melayu khasnya di Selangor,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bertegas bersedia bertembung dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Noh, pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi UMNO di negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohd Dendera Billah melihat sekiranya Bersatu berkeras meletakkan calon di kerusi tradisi milik UMNO, usaha untuk merampas Selangor daripada PH tidak akan tercapai.

“Hampir 12 tahun Pakatan Rakyat (PKR) dan PH menjadi kerajaan di Selangor, tetapi isu-isu masalah rakyat masih tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

“Jika perkara ini tidak berlaku, yang mana Bersatu masih juga ingin meletakkan calon di kawasan sama yang ada UMNO, BN dan Pas akan bertanding, maka dengan ini DAP akan terus kekal selesa dan PH menjadi kerajaan di Selangor.

“Oleh itu satu kata sepakat perlu dicapai dengan sebijaknya demi perjuangan anak cucu serta memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya lagi. MG

PRU15: UMNO sedia bertembung Bersatu di Selangor, kata Noh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker