Covid 19: Alif Satar Kini Kuarantin di Melaka
Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.
Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya yang mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.
“Alif yang kebetulan berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama terus ke hospital untuk membuat ujian saringan dan hari ini dia dimaklumkan positif Covid-19.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif yang sedang menjalani proses kuarantin,” katanya.
Menurut Adlina, dia yang turut menemani Alif pada mesyuarat itu masih menunggu laporan daripada pihak hospital sama ada turut dijangkiti Covid-19 atau tidak.
“Saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada saya disahkan positif Covid-19 atau sebaliknya,” katanya.
Terdahulu Alif memaklumkan dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 di akaun Instagram miliknya.-HM
Sumber: Instagram
‘Lantaklah korang la nak kata apa…’