‘Lantaklah korang la nak kata apa…’

Hampir setahun pasangan selebriti, Harris Alif dan cinta hatinya, Intan Ladyana menyulam bahagia. Malah, hubungan yang terjalin bukan lagi rahsia apabila mereka terbuka berkongsi gambar berdua, sekali gus membuktikan semakin selesa dengan hubungan istimewa yang terjalin.

Bagaimanapun, apabila terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi, pastinya ia menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Antara topik yang sering dibangkitkan mengenai jarak usia mereka.

Haris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi baru mencecah usia 21 tahun, manakala Intan pula berusia 38 tahun.

“Alhamdulillah, kami ‘happy’. Sekarang masih dalam fasa mengenali. Nak kenal hati budi bukan sekejap. Tetapi, kami okey menikmati fasa awal ini. Diam tak diam, sudah hampir setahun hubungan istimewa ini terjalin.

“Diakui, ada yang beranggapan saya dan Intan seperti adik dengan kakak. Itu pendapat mereka, terserahlah nak cakap apapun. Saya dan Intan tiada masalah jika orang nak anggap begitu. Isu pertikaian umur ini biasalah, pasti akan ada isu ini ditimbulkan.

“Hanya segelintir sahaja yang mempersoalkan perkara itu. Selebihnya tumpang gembira berdasarkan respon positif yang ditunjukkan dalam setiap gambar yang dikongsikan di laman Instagram. Dalam hidup ini, kita tak boleh memuaskan hati semua orang,” katanya kepada BH Online.

Pengacara program Generasi Z itu berkata, dia tak kisah apapun pandangan orang terhadapnya dan Intan.

“Ada cakap kami seperti ibu dan anak. Saya dan Intan hanya mampu tergelak apabila membaca komen ini. Tetapi, tidaklah sampai tahap nak ambil serius dengan komen berkenaan. Kami tahu diri masing-masing macam mana. Jujurnya, saya tak rasa apapun. Lantaklah nak cakap apa.

“Bercinta dengan wanita matang banyak kelebihan yang orang tak tahu. Lebih senang bawa berbincang dalam apa juga perkara dan saling memahami antara satu sama lain.

“Komunikasi menjadi lebih lancar dan tak banyak drama. Tiada langsung pemikiran kebudak-budakan. Kami satu kepala, jadi tak rumit,” katanya.

Harris berkata, keluarganya dan Intan merestui perhubungan terjalin.

“Keluarga kami okay, tetapi orang luar pula lebih-lebih. Kami buat tak tahu sahaja. Biarlah nak cakap apa, keluarga pun sedia maklum hal ini. Lagipun pada akhirnya, tetap pilihan di tangan saya,” katanya yang akan menghasilkan single balada, tidak lama lagi.

Court fixes two-day hearing for Vivy Yusof’s sister CBT case

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker