20 pekerjaan paling popular di Malaysia 2020/2021 · MYKMU.NET

20 pekerjaan paling popular di Malaysia 2020/2021

Share

Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia menyaksikan trend kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sepanjang tahun berikutan banyak perniagaan dan syarikat beralih kepada inisiatif automasi dan digitalisasi.

Panduan Gaji Malaysia 2020/2021 yang diterbitkan syarikat Kelly Services bagaimanapun menyebut, inisiatif berkenaan juga mewujudkan pekerjaan ‘kolar baharu’.

Pekerjaan ‘kolar baharu’ seperti penjualan dan pemasaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) mendapat permintaan tinggi susulan peningkatan kebergantungan kepada perkhidmatan teknologi yang membolehkan perniagaan menggunakan teknologi untuk tujuan bekerja dari rumah dan mencapai pelanggan baharu.

Berdasarkan Panduan Gaji Malaysia 2020/2021, ia memberikan fokus kepada lapan industri utama iaitu Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan; Kewangan dan Perakaunan; Jualan dan Pemasaran; Sumber Manusia dan Pentadbiran; Rantaian Bekalan dan Logistik; Kejuruteraan; Harta Tanah dan Pembinaan serta Teknologi Maklumat.

Apabila bercakap mengenai isu pekerjaan, pastinya soal gaji juga menjadi topik yang turut diperkatakan.

Antara pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi dengan gaji lumayan ialah Ketua Pembangunan Organisasi (gaji maksimum RM25,000 sebulan), jawatan melibatkan pengurusan perubahan projek (gaji maksimum RM20,000 sebulan) dan Ketua Perhubungan Perindustrian (gaji maksimum RM20,000 sebulan).

Sekiranya anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji asas sebulan paling lumayan di Malaysia. Awani

Leave a Reply