Shukri nafi, jadi pembebesan Akaun Tan Sri Lim Soon Ping arahan siapa?

KUALA LUMPUR – Pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai pendedahan beberapa pucuk surat diminitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka membatalkan pembekuan akaun milik seorang ahli perniagaan pada tahun 2018 mengejutkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Dalam satu kenyataan, Shukri menafikan dakwaan itu.

“Saya sentiasa menjaga integriti saya. Dalam mana-mana siasatan saya tak akan patuh dengan mana-mana arahan termasuk menteri atau Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shukri yang memimpin SPRM pada Mei 2018 hingga Mei 2019 itu berkata, beliau juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri JPM Datuk Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun Mahathir, Guan Eng dalam kes taikun hartanah

“Saya tak pernah keluarkan arahan pada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan. Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ianya bukan arahan saya.

“Dalam siasatan saya hanya akur dengan arahan Timbalan Pendakwa Raya sahaja bukannya arahan dari pihak-pihak yang tidak berkaitan,” jelas beliau lagi. Ia selepas pendedahan Takiyuddin yang berkata, kes berkenaan membabitkan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Lim Soon Ping yang terlibat dengan kes penggubahan wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM4 juta.

Berikutan itu ahli perniagaan berkenaan meminta peguamnya menulis surat representasi bertarikh 10 Oktober 2018 kepada Mohd Shukri yang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, untuk melepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikatnya secepat mungkin.

“Apa yang berlaku Yang Berhormat surat kepada SPRM ini telah diminta untuk diminitkan oleh siapa?…. Oleh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir) pada masa itu. Perdana Menteri ketujuh menyata dalam surat representasi… Yang Berhormat saya percaya dalam surat representasi Ahli Parlimen Sepang kepada pelanggannya tiada orang minit begini.

“Minit berkenaan berbunyi saya berpendapat penyelewengan oleh bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan kepada Tan Sri Lim… inilah minit… Oleh itu segala pembekuan akaun peribadi dan syarikatnya tidak boleh dikekalkan…sign 5 Disember 2018… Perdana Menteri Malaysia ‘cop’.

“Apa yang berlaku kepada surat ini… surat peguam kepada Tan Sri Lim Soon Ping kepada dialamatkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang diminitkan oleh Perdana Menteri dan diminitkan sekali oleh Menteri Kewangan pada masa itu Yang Berhormat Bagan, Lim Guan Eng.

“Minit berkenaan berbunyi Yang Berhormat AG; “Please lift the freeze of account as requested by YAB Perdana Menteri bertarikh 19 Februari 2019. Ini adalah minit dibuat ke atas surat seorang peguam Tan Sri Lim Soon Ping, seorang dituduh melakukan kesalahan ini,” dedah Takiyuddin.

Pendedahan itu dibuat Takiyuddin ketika berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. sebagai rakyat aku tuntut siasatan dilakukan kerana teramat jelas penyalahgunaan kuasa telah dilakukan…dimana separation of power yang dilaung-laungkan oleh mereka?

    kami rakyat bukan bodoh untuk percaya bila si shukri sebagai ketua SPRM pada masa itu berkata dia tidak tahu tentang arahan & keputusan yang dibuat oleh PM7, menteri kewayangan & AG pada masa itu…si shukri buat apa sampai tak tahu? tahu melancap je ke dalam pejabat?

    jawabnya cuma kata tak tahu tapi perkara jelas salah-guna kuasa telah dilakukan oleh 3 ekor musibat(bekas PM, bekas menteri kewangan & bekas AG) itu si shukri tak beri apa2 komen mengenainya…so betul lah orang kata si shukri dilantik menjadi ketua sekadar untuk menjadi barua(sebut ‘yes’man) kepada mahathir & kerajaan pakatan hancing(ph) pada masa itu

    jadinya tidak menghairankan kenapa bila seekor barua baru(tipah koya) dilantik menjadi ketua SPRM bagi menggantikan si shukri tidak melaporkan campur-tangan/salah-guna kuasa tersebut…mengikut undang2 & prosedur, keputusan sama ada untuk kekal atau tidak membekukan akaun taikun cina itu harus dirujuk kepada SPRM

    teramat jelas mahathir telah menggunakan prosedur & undang2 ciptaan bapaknya sendiri…semoga undang2 negara dapat memberi pengajaran & menghapuskan undang2 ciptaan bapak mahathir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker