Saman : Hans Isaac minta maaf buat tuduhan kepada Eizlan Yusof

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meminta maaf susulan tuduhan salah guna kuasa yang dilemparkannya kepada Ahli Lembaga Pengarah Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Hans berkata, pada 16 November lalu, dia telah menghantar satu mesej di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merakm tahniah kepada tiga buah syarikat yang telah dipilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS, termasuk Excellent Pictures Sdn Bhd.

“Di dalam mesej tersebut, saya telah membuat kesilapan dengan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn Bhd. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya.

“Pada hakikatnya, saya telah bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Eizlan semalam sebaik sahaja saya sedar akan kesilapan tersebut,” katanya.



Namun menurut Hans, belum sempat dia berbuat demikian, dia telah dimaklumkan bahawa Eizlan sudah menghantar surat peguam kepadanya. SM

Salah guna kuasa: Eizlan Yusof saman Hans Isaac



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker