Salah guna kuasa: Eizlan Yusof saman Hans Isaac

Share

KUALA LUMPUR: Kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya menyebabkan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac.

Menurut Eizlan, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Finas itu kononnya beliau menyalahgunakan kuasa di atas kedudukan ALP berhubung penerimaan geran Dana Kandungan Digital (DKD) kepada syarikat produksi produksi Excellent Pictures Sdn Bhd itu adalah tidak betul.

Dakwaan tidak berasas itu, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai ALP badan penyeliaan dan pembangunan industri filem.

Ini kerana, Eizlan menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam syarikat produski tersebut.

“Saya tidak tahu apa motif dia melemparkan dakwaan yang tidak berasas itu. Saya hanya buat kerja sahaja di Finas. Saya tidak ada sebarang kepentingan dengan syarikat yang dikaitkan.

“Saya tidak kacau hidup orang lain, kerana itu saya pelik kenapa beliau (Hans) boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Kerana tuduhan yang dibuat itu juga menyebabkan saya menerima tekanan meminta saya meletak jawatan atau nama saya akan dirujuk kepada pihak berwajib agar siasatan dibuat terhadap saya,” kata Eizlan kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Hans didakwa menuduh Eizlan mempunyai kepentingan dalam Excellent Pictures Sdn Bhd sehingga menyebabkan syarikat produksi itu menerima geran DKD yang dikeluarkan oleh Finas.

Dakwaan itu, tegas Eizlan, dibuat dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai ahli melebihi 200 orang.

Sehubungan itu, Eizlan telah melantik peguam dari firma Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk memulakan proses perundangan.

Katanya, tindakan undang-undang terhadap Hans sedang berjalan.

Sementara itu, Hans yang dihubungi oleh Astro AWANI berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Eizlan itu petang ini. Awani

Hans Isaac bakal cabar Zuraida di Ampang?

Leave a Reply