Britain haramkan jualan kereta guna bahan api petrol, diesel menjelang 2030

Share

LONDON: Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030.

Kenyataan Perdana Menteri, Boris Johnson itu dikeluarkan sedekad lebih awal berbanding komitmen dinyatakan sebelum ini.

Johnson membuat janji itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk revolusi industri hijau yang dijangka mampu mencipta 250,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga, pengangkutan dan teknologi.

“Saya rasa mereka boleh berbangga dengan komitmen kita (Britain) mengetuai dunia untuk menangani ancaman perubahan iklim dan pelaburan yang kita lakukan sekarang.

“Ia sama ada melalui Bantuan Pembangun Rasmi (ODA) atau cara lain dalam tangani masalah perubahan iklim itu,” katanya pada Selasa.

Kerajaannya berkata penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030.

Manakala kenderaan hibrid boleh dijual sehingga tahun 2035.

Sementara itu, pengeluar kenderaan juga pada masa sama menyuarakan keprihatinan mengenai sasaran tersebut yang disifatkan terlalu bercita-cita tinggi.

Rancangan hijau kerajaan juga merangkumi pelaburan dalam tenaga hidrogen dan teknologi penangkapan karbon.

Ini termasuk untuk menjana tenaga angin yang mencukupi bagi memberi kuasa kepada setiap rumah di UK menjelang 2030.
Selain itu, pelan ini juga merangkumi generasi baharu loji tenaga nuklear.

Kepentingan alam sekitar adalah sebahagian daripada usaha Johnson untuk bergerak keluar daripada isu COVOD-19 dan Brexit.

Ini juga merupakan pelannya untuk membawa pekerjaan baharu kepada bekas kawasan perindustrian di tengah dan utara England.

Johnson juga membuat komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim dan pemanasan global.

UK dijangka menjadi tuan rumah Persidangan Iklim Global (COP26) tahun depan, selepas penangguhan selama 12 bulan kerana COVID-19.

Britain juga berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi sifar menjelang 2050. Awani

Leave a Reply