Idea cukai durian runtuh Syed Saddiq akan jerut dinamisme sektor swasta

Ahli ekonomi menolak idea untuk mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat sarung tangan yang meraih keuntungan besar dalam tempoh yang singkat ketika pandemik Covid-19 dengan berkata, ia akan membunuh “dinamisme sektor swasta”.

Hoo Ke Ping, seorang penasihat di Institut Strategik Kingsley berkata, dengan vaksin Covid-19 bakal dihasilkan, syarikat getah akan melihat keuntungan mereka menyusut tidak lama lagi.


“Sepatutnya ia difikirkan lebih awal lagi. Sekarang syarikat getah menyumbang sebanyak RM400 juta kepada kerajaan. Memeras sektor swasta bermakna mereka tidak akan dapat mempelbagaikan perniagaan mereka,” katanya kepada FMT.

Tambahan pula katanya, syarikat getah juga mengalami hari-hari tidak baik sebelum perniagaan mereka meningkat semasa pandemik itu.



Bekas menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mencadangkan supaya Putrajaya mengenakan cukai durian runtuh kepada syarikat sarung tangan yang menikmati keuntungan berkali ganda ketika penularan wabakCovid-19, terutama disebabkan oleh peningkatan permintaan di seluruh dunia.

Beliau menyenaraikan 4 syarikat pembuat sarung tangan getah, iaitu Top Glove Corporation, Hartalega Holdings Bhd, Supermax Corporation dan Kossan Rubber Industries, sebagai penerima keuntungan terbesar susulan peningkatan permintaan sarung tangan getah, dengan pendapatan bernilai ratusan juta ringgit berbanding tahun lalu.

Hoo bgaimanapun berkata, harga saham Supermax dan Top Glove patut waktu puncak mereka hampir mencecah RM30 sesaham, tetapi kini ia jatuh ke bawah RM10 sesaham.

“Top Glove perlu beli sendiri beberapa ratus juta saham untuk menyokong harga itu dan mengelakkannya daripada terus turun.”




Nazari Ismail dari fakulti perniagaan dan akaun Universiti Malaya, tidak bersetuju dengan cadangan Syed Saddiq, dengan berkata, kerajaan tidak seharusnya menghukum syarikat swasta atas kejayaan mereka.

“Sekiranya mereka mahu memberi sumbangan dengan rela hati, itu berbeza. Tetapi mengapa tiba-tiba mengubah peraturan hanya kerana mereka memperoleh keuntungan besar? Itu tidak adil,” kata Nazari.

Yeah Kim Leng, seorang profesor ekonomi di Sunway University berkata, cukai durian runtuh akan mengehadkan rancangan perkembangan sektor swasta dengan keuntungan yang mereka perolehi.


“Mereka sudah membayar tarif maksimum untuk cukai hasil,” katanya kepada FMT, sambil menambah bahawa pemilik dapat menggunakan keuntungan tersebut untuk mempelbagaikan perniagaan mereka atau melindungi diri sekiranya perniagaan jatuh terjunam.



Katanya, dengan mempelbagaikan perniagaan mereka, syarikat terbabit akan menawarkan peluang pekerjaan atau melakukan automasi.

“Cukai durian runtuh boleh membunuh dinamisme perniagaan.”

Tambah Yeah, sekiranya cukai durian runtuh dikutip semasa zaman kejayaan syarikat itu, kerajaan juga perlu menyelamatkan syarikat terbabit sekiranya perniagaan mereka jatuh. FMT

Syed Saddiq cadang kerajaan kenakan Cukai Durian Runtuh untuk syarikat kaya, besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker