Semoga Allah bersama Palestin – Mimi Lana
Semoga Allah bersama Palestin – Mimi Lana
Simpati dengan serangan terhadap rakyat Palestin, pelakon Mimi Lana meluahkan kesedihan membaca berita tentang kemelut peperangan antara pejuang Hamas dan Israel.
Hanya mahukan yang terbaik, pemilik nama lengkap Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu terus mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang berhadapan krisis peperangan.
“Hati saya sakit melihat semua berita yang lalu ‘timeline’ saya. Semoga Allah sentiasa bersama Palestin.
“Semoga mereka terus kuat di sana. Amin,” katanya ringkas dalam aplikasi X.
Angka korban rakyat Palestin kini meningkat sekurang-kurangnya 700 orang.
Selain Mimi Lana, artis lain yang turut bersimpati dengan nasib penduduk Palestin ialah penyanyi dan ahli perniagaan, Heliza Helmi.
Heliza sangat aktif memuat naik gambar dengan tulisan tanda pagar #IsraelCuak sebagai sokongan penuh ke atas nasib Palestin.
Baru-baru ini, pejuang Hamas melakukan serangan ke atas Israel dengan melancarkan serangan roket besar-besaran di samping serangan darat udara dan laut.
Serangan itu berlaku susulan peningkatan keganasan selama beberapa bulan melibatkan konflik Israel-Palestin.
Dalam masa sama, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Komander Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif menyeru rakyat Malaysia menyertai jihad Palestin melalui sokongan serta demonstrasi. K Online
Semoga Allah bersama Palestin – Mimi Lana
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aishah nak cari lelaki berduit?
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.