Resepi Muruku Yang Rangup. Sedapnya Krup Krap Krup Krap · MYKMU.NET

Resepi Muruku Yang Rangup. Sedapnya Krup Krap Krup Krap

Share

Jom buat sendiri…senang jer.

Siapa je tak sukakan Muruku? Memang favourite dari kecil, tak kisah bangsa apa pun. Muruku is the best snack!


Rasanya yang rangup kriuk kriuk buatkan ketagih, asyik nak makan lagi. Hmm, apa kata buat sendiri? Boleh makan banyak-banyak sambil layan Netflix! Jom…

Bahan-bahan:

400gm tepung muruku

150gm tepung beras

150gm tepung pulut

Garam secukup rasa

1/2 sudu besar kiub ikan bilis

Segenggam ikan bilis (dikisar)

2 sudu besar serbuk ketumbar

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk kari ayam

400 – 450ml air

6 sudu besar minyak

4 sudu besar bijan

10 tangkai daun kari

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua tepung dan semua rempah bahan kering kecuali bijan. Kemudian, masukkan minyak dan air. Gaulkan sehingga sebati.

2. Uli doh sehingga sebati. Lapikkan meja dengan baking paper atau kertas. Uli sehingga doh menjadi licin.

3. Masukkan bijan dan uli sekata. Kemudian, uli doh menjadi memanjang dan masukkan dalam acuan.

Tips: Boleh cuba keluarkan dulu, kalau susah untuk dikeluarkan. Tambahkan sedikir air dah uli doh semula.

4. Panaskan minyak dan masukkan daun kari.

5. Bentuk dan gorengkan Muruku ke dalam minyak yang panas.

Yay, dah siap! Boleh dah krup krap krup krap lepas ni…

Resepi bahulu rangup pasti jadi, guna 3 bahan saja

Leave a Reply