Mekanik maut kereta rempuh penghadang

LIPIS – Seorang mekanik maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 18, Jalan Lipis-Benta kira-kira jam 1.59 pagi Ahad.

Dalam kejadian membabitkan kereta Perodua Kancil itu, mangsa, Sin Chee Fat, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa seorang diri itu dari arah Lipis menghala ke Benta.



Kereta Kancil yang dipandu mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut di KM18, Jalan Lipis-Benta pada Ahad. Pix ihsan PDRM
Menurut beliau, apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh bucu penghadang jalan yang menghala ke Lipis.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa cedera parah di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azli turut memberitahu, polis sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker