5 Keburukan Gula Putih Boleh Jejaskan Kesihatan Kamu

Selalu mengambil banyak sangat gula putih dalam minuman mahupun makanan, akan memudaratkan kesihatan diri. Sebab itu, ramai pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan kerana ia boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan diri.

Berikut beberapa aspek keburukan pengambilan gula putih dan kehidupan harian kamu.

#1 Tubuh Miliki Tenaga Berlebihan


Tahukah kamu jika mengambil gula secara berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan tenaga berlebihan dan tenaga tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya.



Kerana kamu sendiri tidak mempunyai kerja harian yang berat, atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh bagi membakar tenaga tersebut.

#2 Berat Badan Naik


Tubuh yang memiliki terlalu banyak tenaga menerusi pengambilan gula yang banyak dan kerap akan membuatkan tubuh mengalami peningkatan berat badan.

Hal ini boleh berlaku kerana kesan pengambilan gula dalam tempoh jangka masa panjang dan menyebabkan masalah obesiti berlaku.



#3 Berisiko Menghidapi Penyakit Kronik


Bagi yang tak boleh tinggal minuman dan makanan dengan kombinasi gula, ia boleh menyebabkan tubuh berpotensi menghadapi penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

#4 Masalah Gigi Rosak


Gula juga penyebab kenapa masalah gigi rosak sering berlaku dek kerana pembentukan karies gigi. Justeru itu, pengambilan gula harus dikurangkan jika tidak mahu masalah gigi rosak berlaku.



#5 Tinggi Kalori


Tahu tak satu sudu teh gula mengandungi 20 kilo kalori, bayangkan itu baru satu sudu teh kecil. Kalau hari-hari dalam minuman atau makanan kamu letakkan tujuh sudu teh gula, ia persamaan dengan memakan 140 kilo kalori.

Jadi tidak hairanlah tubuh kamu mengandungi jumlah kalori yang tinggi, dan itu belum lagi kalori dari sumber makanan berlemak dan berminyak yang lain.

Sebab itu tak boleh sewenang-wenangnya mengambil gula secara kerap dalam minuman dan makanan, bagi yang jenis sukakan air manis dan makanan manis sudah tiba masanya untuk kamu belajar mengawal diri kalau nak kekalkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Wn



10 Tips Turunkan Gula Dalam Darah, Doktor Ini Kongsikan Petua Terbaik Yang Boleh Diamalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker