Zahid nasihat Khalid jangan berfikiran pembangkang

Zahid nasihat Khalid jangan berfikiran pembangkang

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dinasihatkan supaya tidak lagi berfikiran seperti pembangkang apabila membuat kenyataan kontroversi membantah permohonan pengampunan kepada Najib Razak.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Khalid sepatutnya bertemu dengannya sendiri bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti itu memohon pengampunan terhadap bekas perdana menteri itu.



“Saya harap individu itu (Khalid) dapat membezakan pendapat peribadi beliau dengan pendirian parti keseluruhan, bagi saya beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen kerajaan perpaduan, jangan masih mempunyai tangapan bahawa seolah-opah beliau sebagai individu berada di dalam kepomponen pemikiran pembangkang.

“Lupakan soal perbezaan ini dan jumpa dengan saya sendiri untuk mendapatkan pengesahkan bagaimana pendirian parti saya, Umno terhadap isu yang dibangkitkan, jangan hanya membaca apa yang tersurat, lihat apa tersirat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri timbalan perdana menteri di Seri Satria, Putrajaya.

Zahid juga diminta mengulas, amaran Umno Kelantan supaya parti itu mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan Amanah negeri itu sekiranya Khalid tidak menarik balik kenyataannya.

Kata presiden Umno, dia telah mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Kelantan dan perkara berkenaan akan diselesaikan secara baik.



“Saya telah bertemu dengan, pengerusi dan timbalan pengerusi Umno Kelantan dimana reaksi itu timbul kerana mereka merasakan bahawa ada jawapan yang perlu diberikan dan mereka juga mewakili parti.

“Namun, saya memberi tahu agar kita selesaikan dengan cara baik dan tak ada lagi isu dikeluarkan mana-maja pihak dan kita harmonikan keadaan ini semula,” katanya.

Sebelum ini, Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah berkata pihaknya merayu agar permohonan pengampunan terhadap bekas presiden Umno itu ditolak.

Kenyataan Khalid itu mendapat kritikan pemimpin Umno, termasuk ugutan memutuskan hubungan kerjasama politik di Kelantan. Mk



Zahid nasihat Khalid jangan berfikiran pembangkang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker