Wanita Lakukan S3ks Oral Kepada Perompak, Berjaya Lengahkan Masa Hingga Polis Sampai

Seorang perompak di Slovakia ditahan polis selepas seorang wanita berjaya melengah-lengahkannya dengan melakukan seks oral.

Perompak berusia 24 tahun itu cuba untuk merompak sebuah stesen minyak di pinggir banda Bratislava pada Selasa lalu sebelum wanita berusia 36 tahun itu tampil menawarkan khidmat seks.

Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pasangan berkenaan dalam keadaan separa bogel di lantai stesen minyak terbabit.



Sebelum kejadian, perompak itu menghampiri kaunter dan meminta kakitangan stesen minyak menyerahkan sejumlah wang.

Malah, suspek turut menumbuk kakitangan berkenaan beberapa kali.

Ketika suspek ke bahagian belakang stesen minyak untuk mendapatkan wang dari peti keselamatan, seorang kakitangan bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Polis bagaimanapun masih menyiasat kemunculan wanita misteri yang menawarkan khidmat seks itu.



Ketika pasukan polis tiba di premis tersebut, mereka melihat perompak itu dalam keadaan separuh bogel bersama wanita terbabit di atas lantai kedai.

“Pekerja lain memberitahu bahawa mereka melihat wanita misteri itu memberi layanan seksual kepada perompak tersebut,” jurucakap polis Bratislava, Michal Szeiff mengatakan kepada TASR.

Szeiff turut memberitahu, wanita itu meminta polis segera menahan lelaki tersebut kerana dia tidak sanggup lagi ‘melayan’ suspek.

“Tolong tahan dia sekarang, saya sudah tidak mampu mela­yannya,” ujar wanita itu. – Agensi



Sumber: Daily Mail

2 anggota Polis paksa seks oral, cabul dan rakam ditahan Polis Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker