Anwar meninggalkan Istana Negara selepas 20 minit pertemuan dengan Agong [Video]

Share

Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja meninggalkan Istana Negara sebentar tadi pada jam 11.30 pagi ini setelah mengadakan pertemuan bersama YDPA berhubung dengan peralihan kerajaan.

Anwar sebelum ini mendakwa bahawa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yasin.

Negara sekali lagi akan melalui episod baru krisis kepimpinan berhubung dengan pertukaran kerajaan seperti yang berlaku pada feb lalu.

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 23 September lalu, beliau mendedahkan mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

 

Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Anwar dan Istana Negara jadi tumpuan negara hari ini

Menanti Anwar

Leave a Reply