Menanti Anwar

Kuala Lumpur: Lebih 50 pengamal media berada di luar perkarangan luar Istana Negara bagi menunggu bekas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, hari ini.

Kebanyakan pengamal media yang hadir dari dalam dan luar negara sudah berada di luar pintu 2, Istana Negara seawal jam 8 pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi mendapati tiada penyokong PKR dilihat berkumpul di luar Istana Negara seperti saranan Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya, semalam.

Terdahulu, Anwar dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 23 September lalu, beliau mendedahkan mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Katanya, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap baginda sehari sebelum itu namun terpaksa ditangguhkan selepas Baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker