Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api

Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api

Resepi ikan kembung bakar menggunakan santan jadi lebih juicy dan berkrim. Makanan ini pula paling sesuai dimakan dengan nasi putih. Tanpa tunggu lama, mari kita lihat resepi ikan kembung bakar yang dikongsikan oleh Rosma Ros‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

Ikan kembung,

Bahan Tumbuk/blender :

Bawang besar sebiji,
Bawang putih 4 ulas,
Cili api hijau 7 biji,
Cili api merah 7 biji,
Cili merah besar 4 biji,
Halia seinci,
Serai 2 batang,
Kunyit hidup seinci,
Buah keras 2 biji,
Belacan sebesar ibu jari.
(Blend kesemua bahan.)
Santan pekat@susu cair 4 sudu,
Garam ,
Gula,
Pati bilis,
Perasa,
Asam keping@air asam.

Bahan Hiasan :

Lada hitam serbuk untuk tabur,
Daun limau purut,
Daun sup.

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak.

Tumis bahan blend, biarkan pecah minyak. Masukkan semua bahan lain.

Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih. Tunggu pekat sedikit.

Rasakan manis dan masin semua.

Letak daun pisang di atas kuali leper.

Curah kuah, letak ikan di atas kuah, curah lagi kuah.

Tabur sedikit lada hitam dan daun sup.

Tutup ikan dengan tudung periuk kukus, biarkan ikan masak dalam masa sekejap ikan boleh masak.

Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Rendang Pedas Kerang Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker