Kabel elektrik bawah Jambatan P Pinang terbakar punca sesak lebih 2km

GEORGE TOWN: Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di KM3.3 terbakar, menyebabkan kesesakan teruk trafik di kedua-dua hala dalam kejadian petang ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Mohd Fadzil Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.27 petang sebelum jentera pertama digegaskan ke lokasi kebakaran.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tiada akses laluan ke lokasi untuk membuat pemadaman dan buat masa ini kami memadam api dari atas (jambatan) dahulu.



“Bagaimanapun, pihak bomba bersama Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang sedang berusaha untuk ke lokasi tersebut melalui akses lain, kemungkinan menerusi laut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati asap hitam dapat dilihat sejauh kira-kira 1km dari lokasi kejadian, manakala kesesakan pula sepanjang lebih 2km setakat 5 petang tadi.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker