Covid-19 : 115 kes baru, melepasi 11 ribu kes

Sebanyak 115 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, melepasi angka 11,000 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu membabitkan 112 penularan tempatan dan 3 kes import.

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 134 orang.

Sementara itu, 8 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 5 memerlukan alat bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,034 kes Covid-19 dengan 9,889 daripadanya sembuh.

Status terkini COVID-19 setakat 28 September 2020

Jumlah discaj baru: 54
Jumlah kumulatif discaj: 9889 (89.62%)



Jumlah kes baru; 115
Jumlah kumulatif: 11034
Jumlah kes aktif: 1011

Kes tempatan: 112 (98WN, 14BWN)
Kes import: 3 (1 WN, 2BWN)

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 134 (1.21%)

Jumlah kes di ICU: 8
Pesakit intubated: 5



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker