Covid-19 : 95 kes baru dan 1 kematian hari ini

Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 91 daripada 95 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 91 kes itu, 76 daripada kluster Benteng, kluster Pulau (4 kes) dan kluster Selamat (3 kes).

Manakala, 4 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Satu kematian baharu dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 129,” katanya.



Status terkini COVID-19 setakat 18 September 2020

Jumlah discaj baru: 14
Jumlah kumulatif discaj: 9264 (91.3%)

Jumlah kes baru; 95
Jumlah kumulatif: 10147
Jumlah kes aktif: 754

Kes tempatan: 91 (68WN, 23BWN)
Kes import: 4 (4BWN)



Jumlah kematian: 1
Jumlah kumulatif kematian: 129 (1.27%)

Jumlah kes di ICU: 11
Pesakit intubated: 2

Sabah terus catat kes tertinggi iaitu 91 kes antaranya 76 dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3).



Satu kematian baharu dilaporkan di Sabah.

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker