Biar Peh Puh Asal Bergaya

Oleh Dr. Shamsher Singh Thind

‘Lima agenda utama dalam manifesto yang disepakati untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk Sandakan adalah seperti berikut:

Mewujudkan Sebuah Universiti Penuh
Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Awam
Rakyat Mencorak Kebangkitan Sandakan
Wujudkan Lebih Banyak Peluang Kerja untuk Warga Tempatan
Menambah Baik Sistem Pengangkutan Awam
Rujukan: https://www.roketkini.com/2020/09/16/warisan-plus-sandakan-lancarkan-manifesto-bersepadu

Tu dia! Manifesto untuk Sandakan sempena PRN Sabah 2020.



Benda yang aku paling benci semasa pilihanraya adalah tak lain tak bukan manifesto. Ingat lagi janji Lim Kit Siang semasa PRK Sandakan 2019? Majlis khas pulih Sandakan jika DAP menang, kata Kit Siang (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/08/majlis-khas-pulih-sandakan-jika-dap-menang-kata-kit-siang).

Tahu Majlis Khas ini untuk apa?

‘Majlis khas ini penting untuk mengembalikan Sandakan ke zaman gemilangnya. Selain daripada badan-badan kerajaan, ia juga akan melibatkan NGO dan sektor swasta. Saya rela menjadi penasihat majlis khas ini dan menyumbangkan masa dan idea saya dan akan datang ke sini untuk meninjau pelaksanaan projek …’ – Lim Kit Siang (2019)

DAP dah menang PRK Sandakan, so mana Majlis Khas? Mungkin ada yang akan kata beberapa bulan selepas kemenangan DAP di PRK Sandakan, kerajaan persekutuan pimpinan PH tumbang, dan oleh itu tak sempat nak tubuhkan Majlis Khas. Siapa yang kata sebegitu, sah dia seorang Peh Puh. Stephen Wong (DAP) telah menjadi MP Sandakan sejak 2013! Selepas beliau meninggal dunia to pada tahun 2019, anaknya pula menjadi MP. Nak tunggu berapa lama lagi untuk majukan Sandakan?



‘Sandakan dulu merupakan bandar terpenting di Sabah. Tetapi sekarang ia mengalami kemunduran jauh di belakang Kota Kinabalu. Ini tidak boleh berterusan berlaku. Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong, mempunyai rancangan untuk memulihkan Sandakan, tetapi malangnya dia meninggal dunia … Kami mahukan legasinya terus hidup di Sandakan dan menjadikan ia sebuah bandar yang makmur dengan masa depan yang hebat. Seperti sekarang, saya tidak nampak apa-apa program untuk memajukan Sandakan …’ – Lim Kit Siang (2019)

Nampak tak gaya seorang Peh Puh berhujah? Ketika Sandakan diwakili MP DAP, Sabah ditadbir oleh Warisan dan Malaysia ditadbir oleh PH, ketika itu Kit Siang kata Sandakan mundur dan tak ada kemajuan. Kini, dia kembali dengan satu lagi manifesto. Bersepadu pula itu!

P.S. Lim Kit Siang, kamu cabar nak bersara dari politik kalau Dr M tak serahkan jawatan kepada DSAI. Apa jadi? Bak kata pepatah, biar Peh Puh asal bergaya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker