[VIDEO] Pemuda Tulis Al-Quran Yang Kemas & Cantik Sebagai Hadiah Buat Calon Isteri

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia ‘mencair’ hati netizen apabila klip video dia sedang menulis ayat suci al-Quran tular di media sosial, lapor Suara.com semalam.

Lelaki dikenali sebagai Awwaludin Fajri itu memberitahu, al-Quran tulisan tangannya adalah hadiah istimewa untuk mana-mana wanita yang bakal bergelar isterinya.

Setiap insan di atas muka bumi ini dilahirkan dengan mempunyai kelebihan masingmasing. Untuk melihatnya kita perlu mencuba banyak perkara sehingga rasa minat itu wujud sekaligus mengasah bakat tersebut supaya dapat mengemaskan lagi hasilnya.

Kata Awwaluddin, meskipun dia belum mempunyai calon untuk dijadikan pasangan hidup, dia sudah memasang niat menghadiahkan al-Quran itu bila bertemu jodoh kelak.

“Akan ku berikan Quran tulisanku untuk siapapun jodohku kelak”

“Buat siapa pun jodoh saya nanti, ini adalah hadiah paling istimewa yang akan saya berikan,” tulis Awwaludin pada video TikTok itu.

https://www.tiktok.com/@awwaludin.fajri/video/6932246792654359810?referer_url=https%3A%2F%2Fredaksi.com%2F&referer_video_id=6932246792654359810&is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6891592316085601794

Menerusi video itu, dapat diperhatikan kekemasan tulisan Awwaludin yang saling tidak tumpah seperti cetakan mesin.

Video itu menerima banyak pujian netizen yang rata-rata meluahkan rasa bangga kerana ada anak muda yang sangat berbakat seperti Awwaludin.

“Perkara seperti ini yang perlu kita tularkan, bukan video pelajar memakai baju seragam sekolah menari TikTok,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Menyingkap Tabir Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker