Ahmad Maslan tegur Mahathir mengenai dana Covid-19

Tun M dapat teguran daripada Ahmad Maslan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditegur Ahli Parlimen (Pontian-BN), Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung kenyataannya yang mendakwa berlaku pembaziran ketika situasi kerajaan memerlukan dana bagi menangani kesan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa jumlah peruntukan berjumlah RM7.184 bilion seperti tercatat dalam usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) bukan penambahan bajet tetapi peruntukan semula sejumlah wang daripada Kementerian Kewangan.

“Saya ingin menyatakan di sini bawa RUU ini ialah untuk memperuntukkan sejumlah wang bukan ada penambahan bajet apa-apa, bererti RM7.184 bilion dalam bajet 2020 yang ini juga sama RM7.184 bilion memperuntukkan semula. Tidak ada sebarang penambahan bajet.



“Kalau Yang Berhormat Sik tak percaya, nanti Timbalan Menteri Kewangan akan jawab, saya tidak mahu mencelah Langkawi tadi sebab saya menghormati Langkawi,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen (Sik-Pas), Ahmad Tarmizi Sulaiman berhubung usul berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir pada mulanya mencadangkan supaya usul tersebut ditolak selain meminta kerajaan mengurangkan perbelanjaan bagi mengelakkan defisit yang tinggi.

Bekas Perdana Menteri paling lama itu berpendapat, tindakan tersebut sebagai tidak bijak dan merugikan kerajaan serta tidak boleh disokong kerana ia satu pembaziran yang dibuat secara terbuka oleh kerajaan ketika ini.



“Saya berpendapat usul ini patut ditolak sama sekali oleh dewan ini jika dewan ini bertanggungjawab,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker