Orang benci saya, tak kisah pun – Ajai

Share

“People will hate me, i don’t mind” – Ajai

Nama komposer dan penyanyi, Faizal Maas atau Ajai trending di media sosial gara-gara pemberian markah yang dilihat sebagai kedekut meskipun baru minggu pertama konsert Big Stage berlangsung.

Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Keliru, tiada apa sebab untuk dia melenting kerana hakikatnya, memberi penilaian dan pengadilan yang tepat merupakan tugasnya selaku juri tetap untuk program hiburan anjuran Astro yang sudah masuk musim ketiga itu.
Sehubungan itu, Ajai menegaskan, dia tidak kisah jika ada yang membencinya kerana kehadirannya ke pentas Big Stage ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman selain membimbing bakat-bakat baharu.


“People will hate me, i don’t mind (orang akan membenci saya, saya tidak kisah)… saya mahu semua yang menonton mendapat ilmu yang sama dalam muzik.
“Kita tidak mahu apabila orang melihat jumlah tontonan penyanyi di Malaysia, tinggi namun cara penyanyian biasa sahaja,” katanya dalam sidang media Big Stage yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejurus berakhir konsert mingguan pertama itu.

Dalam masa sama, Ajai berkata, sekalipun Big Stage merupakan program hiburan, namun masih elemen-elemen pembelajaran dalam rancangan berkenaan.

“Saya di sini (Big Stage) untuk memberi ilmu, saya sudah bekerja dengan ramai orang dan ilmu yang saya dapat itu akan saya kongsi bersama dengan generasi baharu supaya orang tahu bahawa ini (muzik) serius,” katanya. Awani


Leave a Reply