Sekumpulan lelaki merusuh di Pandan Indah [VIDEO]

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman video sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan merusuh di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 10 malam itu membabitkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain.

Turut kelihatan beberapa pengunjung yang tidak terlibat dengan rusuhan itu beredar daripada lokasi tersebut kerana risau turut cedera dengan insiden itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan masih belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker