Dr Mustafa tegas bariatrik tidak beri masalah kesihatan baru

Dr Mustafa tegas bariatrik tidak beri masalah kesihatan baru

Menafikan kesan terhadap kesihatan segelintir individu yang menjalani pembedahan bariatrik, ulas pakar bedah bariatik, Dr Mustafa Mohamed Taher, tanggapan pembedahan bariatrik akan mendapat menyakit baru adalah konsep yang salah.

“Ada yang mendakwa mengalami masalah kesihatan seperti jantung bengkak dan kesan kesihatan jangka panjang selepas membuat pembedahan bariatrik. Apa yang kita semua kena faham, jika seseorang individu mempunyai masalah kesihatan sebelum pembedahan bariatrik, ia adalah masalah kesihatan dan tidak boleh dikaitkan sebagai kesan pembedahan.



“Masalah hati bengkak ialah disebabkan berat badan dan apabila berat badan turun, jantung akan kembali pulih. Bariatrik tidak akan berikan anda penyakit baru, itu adalah konsep yang salah.

“Apabila kita ada masalah jantung dan masalah obesiti, kita mesti turunkan berat badan. Dan ia tidak semestinya dengan melakukan pembedahan bariatrik. Penurunan berat badan akan membantu memulihkan masalah kesihatan,” ulasnya kepada Wanita.

Katanya lagi, pesakit yang menjalani pembedahan kosmetik ini turut akan dipantau sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat serta tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan mahupun komplikasi selepas pembedahan.

“Hubungan dengan pesakit tidak hanya berhenti setakat pembedahan, namun ia akan berterusan bagi memastikan tahap kesihatan mereka terus dalam keadaan yang baik.



“Jika seseorang itu mempunyai masalah obesiti melampau, maka dia akan menerima pemantauan yang kerap berbanding pesakit-pesakit lain,” katanya pada sidang media bagi meraikan kejayaannya sebagai salah seorang pakar bedah bariatik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Terdahulu, Pakar Bedah GI dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Cengild G.I sekali lagi diiktiraf sebagai Pakar Bedah Bariatrik Terbaik di Asia Pasifik pada Majlis Anugerah GlobalHealth Asia- Pacific 2023 yang telah berlansung di Bali, Indonesia pada Mei lalu.

Dr Mustafa mengumumkan perkara tersebut dalam satu majlis makan tengahari bersama media dan turut disertai oleh beberapa figura selebriti tanah air antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil yang turut berkongsi testimoni kejayaan prosedur pembedahan Bariatrik bersama Dr Mustafa bagi mengatasi masalah kegemukan serta komplikasi sampingan akibat obesiti yang dialami mereka. Utv

Dr Mustafa tegas bariatrik tidak beri masalah kesihatan baru



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker