DAP pura-pura lupa bila, bagaimana kerajaan Sabah dibentuk – Annuar Musa

Apakah DAP sudah lupa atau berpura-pura lupa bila dan bagaimana kerajaan negeri Sabah dibentuk?

Demikian teguran terbuka Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa kepada DAP.

Reaksi Ahli Parlimen Ketereh itu hadir selepas DAP dalam ciapan di akaun Twitter DAPMalaysia mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Sabah Deserves Better than Musa Aman”.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menyambung dengan komen beliau bahawa sememangnya Ketua Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Shafie Apdal bukan pemimpin yang diidamkan bangsa Sabah.



“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dia (Shafie Apdal) sendiri pun menolak dia..Pengundi Kimanis juga sudah tolak dia(Shafie Apdal),” ujarnya dalam ciapan beliau.

Dalam status ciapan akaun Twitter rasminya itu, DAP mendakwa Musa Aman begitu terdesak untuk menngambil semula Sabah dari rakyat Sabah.

“Dia kini mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk mengambil alih dan membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Tetapi kita tertanya-tanya apa tawaran yang dibuat (Musa Aman) kepada pengkhianat untuk mencapai matlamatnya,” bunyi ciapan DAP itu.



Dalam ciapan berbeza, Annuar turut mengingatkan bahawa kerajaan negeri Sabah dibentuk oleh Shafie selepas membawa ‘katak-katak’ menyertainya.

“Sekarang dia sedar katak-katak itu telah melahirkan lebih banyak katak,” katanya- MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker