Covid-19: Bungkusan dan Mel antarabangsa dihentikan sementara

Segala perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa melibatkan kemudahan Pos Malaysia Berhad dihentikan sementara bermula 3 Ogos ini.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan dalam ruang Facebook rasminya mengumumkan turut dihentikan sementara adalah khidmat Mel Ekspress (EMS).

“Khidmat mel, bungkusan antarabangsa dan EMS dihentikan sementara ke semua destinasi antarabangsa bermula Isnin ini sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun Singapura terkecuali dari pemberhentian perkhidmatan itu.

Menurut Pos, langkah itu diambil disebakan impak Covid-19 yang mengakibatkan pelaksanaan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Pos Malaysia meminta orang ramai yang ingin berurusan supaya boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengumuman itu dari semasa ke semasa melalui laman web dan plaftorm media sosialnya.

Untuk sebarang pertanyaan juga boelh dihubungi Pos Malaysia melalui AskPos di www.pos.com.my
MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker