Tangguh umum calon PM, Anwar Wakili PH Plus Mohon Maaf

ADA AKU KISAH? Agaknya itulah jawapan yang sesuai untuk menjawab permohonan maaf anwar mengenai calon PM9 imiginasi mereka. rakyat hari ni sudah muak dengan PH apa lagi ini adalah masalah dalaman yang gagal diuruskan kerana perebutan kuasa politik dua fosil politk negara untuk menduduki kerusi No. 1 Putrajaya.

Rakyat dah muak dengan drama Mahathir Anwar cukup-cukuplah buat negara ini huru hara. Ada banyak masalah perut rakyat yang masih perlu diuruskan dikala negara menghadapi krisis pendemik Covid19 ini. Jika tidak rasa terbeban cukuplah bersimpati dengan kami rakyat marhain ini.

 


 



PH Plus mohon maaf kerana tangguh seketika umum calon PM

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini membuat permohonan maaf terbuka kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus ketika usaha mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional masih menjadi agenda gabungan berkenaan.

Menyatakan permohonan maaf itu secara langsung hari ini Anwar berkata ada pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan mengenainya diumumkan.

Antaranya kata Anwar mengenai prinsip reformasi untuk kepedulian terhadap masalah rakyat, mengembalikan keyakinan pelabur dan menjana semula ekonomi negara.



“Sebab itu kita (PH Plus) memohon maaf kerana kita terpaksa menangguhkan sedikit pengumuman mengenai kepimpinan yang bakal menerajui negara kita,” katanya di Facebooknya hari ini.

Mesyuarat PH Plus pada minggu lalu bermesyuarat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi membincangkan pelan mengambil kembali Putrajaya selepas berlaku Langkah Sheraton yang kemudian menyaksikan kemunculan Perikatan Nasional.

Selain parti gabungan PH, ia juga mempertemukan kepemimpinan tertinggi Warisan dan kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad – pengerusi Bersatu yang dipertikaikan keanggotaannya.

Mereka bersetuju memberikan masa sehingga seminggu untuk tampil dengan cadangan mengenai kepemimpinan baru untuk rakyat. Bagaimanapun sesetengah pihak berkata keputusan itu mungkin dicapai – dan diumumkan – seawal 16 Jun.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker