Pihak pendakwaan mahu pinda tuduhan kes laporan audit 1MDB

Share

Pihak pendakwaan dalam kes Najib Razak berhubung laporan audit 1MDB mahu meminda tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu dan bekas ketua pegawai eksekutif, Arul Kanda Kandasamy.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib beritahu Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan mereka mahu tuduhan yang dipinda itu dibacakan terhadap Najib dan Arul.

Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah membantah pindaan yang dicadangkan itu, mengatakan ia mempunyai implikasi yang serius terhadap kes pihak pembelaan.


“Pindaan ini secara drastik dapat mengubah posisi pihak pendakwaan,” katanya.

“Inti pemeriksaan balas kami terhadap saksi adalah tidak salah meminta untuk meminda laporan audit yang belum muktamad.”

Tuduhan Tidak Berasas


Shafee beritahu mahkamah bahawa pihak pendakwan, di permulaan perbicaraan, meminda tuduhan terhadap Najib dan Arul dengan mendakwa Najib menyalahgunakan kedudukannya dan menyebabkan pindaan pada laporan audit 1MDB yang disediakan ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang sebelum ia dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Sekarang pihak pendakwaan mahu kata ketua audit negara sudah memuktamadkan laporan audit itu, dan mendakwa ia kemudian dipinda,” katanya.

Shafee juga berkata pihak pembelaan sedang mempertimbangkan permohonan bawah Seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah dengan hujah tuduhan itu tidak berasas.
FMT


Baca : Pegawai audit tak beretika rakam mesyuarat berkait 1MDB, kata Ali Hamsa

Leave a Reply