Rais Yatim antara lima angkat sumpah sebagai senator

Terkini di My KMU !!!!---->

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Selain Rais yang merupakan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, turut mengangkat sumpah hari ini ialah bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli Bersatu.

Tiga lagi ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad; Ketua Dewan Penyokong PAS N Balasubramaniam; dan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggal dan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut.

– Bernama

Leave a Reply